21 February 2012

Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia

Berita TV9 : Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengesahkan Kapal Israel memasuki pelabuhan Malaysia untuk tujuan pedagangan.

19 February 2012

Anwar Ibrahim perjelas isu sokong ISRAEL

Naib Presiden UMNO dan Menteri Dalam Negeri, DS Hishammuddin Hussein yang menyifatkan tindakan DS Anwar Ibrahim yang terus mengekalkan pendirian mengiktiraf Israel tertakluk kepada syarat Israel mestilah menghormati aspirasi rakyat Palestin, sebagai tidak boleh diterima. Tegas DS Hishammuddin lagi pendirian DS Anwar itu dilihat sebagai memperlekehkan Majlis Syura Ulamak Pas yang menuntut Anwar menyaman WSJ atau menarik balik kenyataan. Ini adalah respon DS Anwar kepada soalan berkaitan yang diajukan wartawan semasa ditemui selepas majlis makan malam sempena lawatan kerjanya anjuran PKR Pahang. EVENT : Majlis Makan Malam Sempena Lawatan Kerja DSAI Ke Pahang LOKASI : Restoran New Horizon, Kuantan TARIKH : 17-Feb-2012

09 February 2012

Jawatan Menteri Besar Johor tak penting

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob berkata jawatan Menteri Besar Johor tidak penting berbanding memastikan seluruh rakyat menyokong Pakatan Rakyat dan menguasai Putrajaya.

06 February 2012

DAP Cadang PAS Ketua Menteri Melaka

Desas-desus UMNO/BN mengatakan Ketua Menteri Melaka jika Pakatan Rakyat menang akan diperintah DAP terjawab bahawa DAP sebenarnya mahu PAS yang menjadi Ketua Menteri Melaka dan propaganda UMNO itu semata-mata mahu menakutkan orang Melayu

08 January 2012

PAS pecat Hasan Ali berkuat kuasa serta merta


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta. Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS. Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

04 January 2012

901 :"100 ribu orang dijangka hadir 901"

Pakatan Rakyat (PR) dijangka akan menggerakkan seramai 100,000 ahlinya bagi menyokong perhimpunan Bebas Anwar 901 yang akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari depan

24 December 2011

Negara Berkebajikan Hasan Mohon Maaf



Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini memohon maaf berhubung kritikannya terhadap konsep negara kebajikan yang dianjurkan parti itu dan menarik balik kenyataannya berhubung perkara itu.

Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa pusat, katanya, beliau mengakui terdapat unsur-unsur yang keterlaluan apabila beliau mengulas perkara itu.

Dengan itu, katanya, beliau menarik balik komennya tentang negara kebajikan dan memohon maaf kepada kepimpinan PAS kerana keterlaluannya itu.

23 December 2011

Ugutan: Adam Adli lapor polis, terima notis tatatertib



Pemimpin pelajar, Adam Adli yang menurunkan bendera memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di PWTC Sabtu lalu membuat laporan polis berhubung ugutan yang diterimanya.

Menurut peguamnya, Fadiah Nadwa Fikri, ugutan itu dipercayai diterima dari seorang anggota polis dikenali sebagai Ruslan Mokhtar.

“Ruslan dipercayai seorang anggota polis kerana pegawai polis di luar pondok Bukit Aman seolah-olah mengenalinya. Adam pergi untuk membuat aduan tentang ugutan yang diterima dan pada masa sama polis cuba membawa Adam.

“Kita mahu lihat anggota polis yang terlibat diambil tindakan kerana jelas ada ugutan dari pihak-pihak yang mempunyai kuasa,” dakwa beliau.

Ujar Fadiah , tindakan Adam yang menurunkan bendera itu hanya tidak mematuhi sivil dan bukan berunsur jenayah.

Katanya, tindakan itu boleh diterima di seluruh dunia malah pihak polis disarankan menghentikan sebarang ancaman terhadap mahasiswa terbabit.

Sabtu lalu, Adam bersama kumpulan mahasiswa lain mengadakan perarakan dari Masjid Jamek ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan seterusnya ke bangunan PWTC.

Apabila tiba di PWTC, pelajar berkenaan menyerahkan pula memorandum mereka kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah

Terima notis tatatertib

Dalam perkembangan berkaitan, Adam menerima notis pendengaran tatatertib dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ketika membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Adam berkata seorang individu tidak dikenali menyerahkan notis terbabit, yang mengarahkan beliau hadir ke perbicaraan tatatertib pada 9 Januari depan.

Beliau mengesahkan akan hadir menjalani perbicaraan tatatertib tersebut.

Dalam pada itu, Adam menegaskan tindakan beliau menurunkan bendera itu membuktikan bahawa mahasiswa komited untuk kebebasan akademik.

Beliau turut mengecam laporan Utusan yang memetik kenyataan Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican mendakwa beliau memijak bendera, sebaliknya jelas Adam ia fitnah yang dijalankan individu terlibat di belakang akhbar Umno tersebut.

“Saya tidak faham kenapa anda takut dengan kami? Kami bukan ahli politik tetapi mahasiswa. Kalau anda musuhi kami, maknanya apa yang mahasiswa lakukan adalah betul,” katanya.

Hanya PAS boleh maafkan Hasan




22 December 2011

"Saya sedia hadapi hukuman"- Adam Adli



Tindakan seorang pelajar tahun tiga Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi), Adam Adli Abdul Halim,22, menurunkan bendera berwajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu menyebabkan dirinya menerima pelbagai ugutan dan liputan meluas media.

21 December 2011

Mustapa Ali Bongkak, Fitnah Saya - Hassan Ali



Exco Kerajaan Negeri Selangor Dato' Dr. Hassan Ali hari ini mendesak pihak PAS mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib yang dakwanya tidak bertanggungjawab membelakangi keputusan Pusat.

Ianya berikutan kenyataan ADUN Hulu Kelang itu yang secara terbuka mendakwa beliau tidak layak bertanding di DUN Gombak Setia pada PRU 13 kelak.

"Saya juga mendesak agar pihak PAS mengenakan tindakan displin terhadap Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib, dengan mendakwa saya tidak cukup pencalonan untuk mempertahankan DUN Gombak Setia." katanya.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu turut menyelar tindakan Setiausaha Agung Parti, Dato' Mustafa Ali yang mendakwa dirinya terperangkap dalam Agenda UMNO.

Sambil menganggap kenyataannya itu bersifat bongkak dan sombong, Exco Kerajaan Negeri Selangor itu menganggap tuduhan Mustafa Ali menyalahgunakan autoriti jawatan yang dipegang dengan mengeluarkan tuduhan yang melulu dan tidak releven.

Beliau turut mencabar Mustafa Ali agar memberi bukti melalui kenyataan yang mendakwa dirinya terperangkap dengan agenda jahat musuh parti iaitu UMNO.

Hassan Ali dalam Sidang Media di rumahnya sebentar tadi turut mendedahkan ketidakyakinan beberapa penyokong PAS terhadap perjuangan parti sejak akhir-akhir ini. -klpos

20 December 2011

Turun Bendera Najib : Adam Hampir Ditumbuk



Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris Adam Adli menjadi sasaran seorang yang marah dengan tindakan pelajar itu menurunkan bendera dengan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu pejabat Umno Sabtu lalu.

Adam yang mengetuai Legasi Mahasiswa Progresif dilaporkan menurunkan bendera itu seketika Sabtu lalu sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meminda dan bukan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Kekecohan berlaku petang tadi apabila Adam diiringi oleh wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia, membuat laporan polis di Bukit Aman tiba-tiba diserbu oleh seorang yang tidak dikenali.

Adam ke Bukit Aman untuk membuat laporan polis selepas mendakwa beliau menerima ugutan setelah insiden Sabtu lalu.

Lelaki itu cuba menumbuk Adam tetapi beliau berjaya diselamatkan oleh rakan-rakan mahasiswa itu.

Lelaki itu kemudian memperkenalkan dirinya sebagai Ruslan Mokhtar kepada antarapos.com berkata beliau kesal dengan keangkuhan Adam dan pelajar yang berarak ke ibu pejabat Umno.

"Saya rasa dia (Adam Adli) kurang ajar sangat, kalau dia betul-betul anak Melayu. Dia sudah masuk ke bangunan UMNO, pergi ke bangunan UMNO perlu beradaplah... Jangan sampai hendak turunkan bendera Presiden UMNO.

"Lepas tu naikkan bendera dia. Ini sudah kurang ajar...bagi saya dia dah kurang ajar... saya seorang-orang cari dia, saya bukannya upahan samseng UMNO, semua itu tidak, sebab dia kurang ajar, kita akan cari dia, kata beliau.

"Dia tidak hendak minta maaf, kalau orang tua dia, kita buat macam itu, marah tak dia? Jadi bagi saya sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, saya cukup marah dengan apa yang dia buat tu," katanya. -Antarapos

18 December 2011

Bekas Ketua Puteri Umno ikrar 'gantikan Umno dengan PAS'



Puan Rosni Hassan, 37, mewakili 40 rakan-rakannya berikrar akan bersama-sama dengan PAS untuk menjatuhkan dan menggantikan Umno dengan PAS dalam pilihanraya akan datang.

06 December 2011

Jangan Mimpi Tawan Selangor




Barisan Nasional (BN) dinasihatkan supaya tidak bermimpi untuk menawan negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) khususnya Selangor kerana PR kini bertambah yakin untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, BN kini dilihat sudah tidak mendapat tempat dihati rakyat ekoran pelbagai kes yang secara tidak langsung timbul dan terbongkar rentetan Laporan Audit Negara 2010.

Beliau berkata demikian pada majlis Rapat Rakyat 2011 di perkarangan Stadium Malawati, Shah Alam pada 5 Disember 2011.

30 November 2011

Himpunan Aman: Jangan salah guna kuasa majoriti



Malaysia makin mundur amal demokrasi: Hadi Awang


PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kesal dengan kegagalan Kerajaan UMNO BN menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat majmuk di negara ini mengenai konsep keadilan dalam Islam.

Abdul Hadi sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman sebelum ia diluluskan petang tadi berkata, kerajaan di negara Barat sendiri melakukan pembaharuan dalam demokrasi selepas merujuk kitab feqah dalam Islam.

Sebaliknya beliau berkata, Malaysia yang mendakwa sebuah negara Islam semakin mundur dalam amalan demokrasi.

"Di negara barat perubahan demokrasi purba ke demokrasi moden dilakukan daripada kajian orientalis daripada kitab-kitab feqah Islam.

"Mengapa kita yang menganut Islam yang memimpin kerajaan, dan UMNO sebagai tulang belakang (kerajaan) tak boleh tunjukkan contoh yang baik dalam masyarakat majmuk," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.

Menurut Abdul Hadi, kerajaan meninggalkan konsep "mendengar sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap rakyat" seperti yang diajar dalam Islam, menyebabkan kerajaan sesuka hari meminda undang-undang yang mencengkam kebebasan rakyat.

"Dalam Islam ada budaya memberontak iaitu mengangkat senjata menentang kerajaan, itupun ditangani dengan baik dalam Islam.

"Mengikut Islam, kerajaan akan dengar aduan mereka. Kalau aduan mereka benar, kerajaan yang salah, kerajaan wajib ikut. Sekiranya aduan mereka salah, mereka degil, barulah kerajaan boleh bertindak. Konsep ini kita tinggalkan khususnya dalam negara aman.

"Saya harap kerajaan jangan salah guna kuasa majoriti yang ada pada mereka tetapi mestilah lebih berhemah dalam meminda sebarang undang-undang," katanya.

Tambahnya, RUU Perhimpunan Aman menujukkan kerajaan bertindak sebelum terjadinya perhimpunan aman sedangkan rakyat berhak menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dalam sesuatu isu melibatkan kerajaan.

"Rang undang-undang ini terdapat kemungkinan sebelum apa-apa tunjuk perasaan sudah bertindak. Belum melihat sudah bertindak, tak diberi kebenaran.

"Setelah ada tunjuk perasaan boleh berlaku provokasi. Provokasi bukan daripada penunjuk perasaan tapi dari pihak lain. Maka berlakulah tindakan kerajaa yang zalim," katanya sambil menyifatkan RUU itu jauh terkebelakang dalam sistem demokrasi.

Sementara itu, RUU tersebut diluluskan dengan undi suara selepas dibahaskan kira-kira empat jam oleh enam wakil BN dan Pakatan. Hrkh

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese