18 January 2010
Tasyrif Produk Sentimen Umno-BN
Umno-BN harus bertanggungjawab diatas penahanan pelajar tahun pertama Akademi Seni Budaya dan Warisan yang terbabit dalam tragedi serangan gereja.Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Selangor, Haniza Talha, berkata murid ini adalah mangsa percaturan politik Umno-BN dan media pemerintah yang rakus mengapi-apikan sentimen agama.
Mohamad Tasyrif Tajudin ditahan Jumaat lalu selepas mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengaitkan beliau kepada tragedi serangan gereja.
Melalui laman Facebook, Tasyrif berkata dia bertanggungjawab menyediakan bahan yang digunakan dalam bahan letupan dalam serangan keatas gereja yang tidak dinamakan.
Beliau juga mendakwa berada di tempat kejadian.
Tasyrif didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dibawah Seksyen 233(1) A
kta Komunikasi dan Multimedia 1998. Beliau mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Aslam Zainuddin pagi tadi.
Haniza berkata rakyat Malaysia harus insaf bahawa murid ini telah ditahan kerana termakan hasutan media Umno-BN.
“Siapa yang berkata dibenarkan demonstrasi isu-isu sensitif, siapa yang suruh bagi kebenaran macam itu? Bila isu sensitif seperti ini perkara yang dibimbangkan adalah ia tidak boleh dikawal.
“Jadi kalau awak (Najib) dah bagi lampu hijau, orang dah buat dan awak (Najib) tidak boleh kawal, itu kesalah awak (Najib). Itu keputusan yang tidak bijak untuk membenarkan perkara ini diperbesar-besarkan.
Lebih membimbangkan lagi apabila ketegangan ini tidak reda sejak Perdana Menteri Najib Abdul Razak memberi ‘lampu hijau’ kepada tunjuk perasaan tanpa mengambil kira sensitiviti rakyat.
Sejak Jumaat lalu, 11 gereja di seluruh negara, sebuah kuil Gurdwara, sebuah masjid dan sebuah sekolah menjadi sasaran serangan dan vandalisme.
“Dia (Najib) memberi mesej yang salah, kononnya demokratik tetapi bila buat macam itu ia bagi mesej yang salah, memberitahu kepada orang bahawa perkara ini juga kita boleh tunjukkan kemarahan kita tidak kira sensitiviti orang lain, ini lah bendanya,”katanya. tvselangor
DAP gesa SPRM siasat Khir Toyo
Adun Sekinchan Ng Suee Lim menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Untuk menyiasat skandal banglo RM24 juta milik mantan Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo.
Hina OKU: Pesuruhjaya SPRM didesak letak jawatan
Wheelchair protest against MACC - malaysianmirror
Activists protest insult of Karpal Singh's disability - malaysiakini.tv
Desakan tersebut ekoran peguam yang mewakili SPRM, Datuk Abdul Razak Musa telah menghina peguam OKU yang mewakili mendiang Teoh Beng Hock, Karpal Singh di kamar perbicaraan minggu lalu.
Konvensyen Kebangsaan DAP - Tranformasi Malaysia
Demikian ucapan pembukaan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh pada Persidangan KOnvensyen Kebangsaan DAP 2010 yang baru sahaja bermula sebentar tadi.
Persidangan kali pertama untuk tahun 2010 ini dijangka akan meluluskan beberapa pindaan perlembagaan parti.
Ucapan alu- aluan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendapat tepukan gemuruh perwakilan yang datang.
"52 tahun UMNO Barisan Nasional mejajah negara, tapi gagal membasmi kemiskinan tegar. Pakatan Rakyat baru setahun mentadbir Pulau Pinang misalnya, kita sudah mampu kurangkan kadar kemiskinan tegar," Ujar Guan Eng.
Bertemakan "Tranformasi Malaysia", persidangan ini dihadiri ratusan perwakilan dari seluruh negara menyaksikan Dewan Utama Hotel Syuen, Ipoh Perak penuh sesak.
Turut sama hadir memberikan sokongan Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub, Setiusaha Agung PAS, Mustafa Ali dan ramai lagi.
Kes Batu Buruk - Hakim, Pendakwa dan Pasukan Peguam Lawat Tempat kejadian
Lawatan kelompok pengamal undang-undang tersebut bermula dari stesyen minyak Esso pada jam 11.30 pagi dan berakhir di Hotel Permai Inn, tempat kejadian sebenar‘polis menembak’ orang awam, di sebelah kiri halaman hotel berkenaan.
Turut hadir adalah polis yang membuat tembakan konstabel polis Wan Aziz Wan Omar (RF143706) yang kini telah pun dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal.
Mangsa tembakan peluru hidup Suwandi Abdul Ghani hadir bersama bagi menerangkan baagaimana beliau ditembak oleh Wan Aziz Wan Omar.
Salah seorang peguam pasukan pembela, Mohd Kamaruzaman Wahab berkata, Suwandi mendakwa beliau telah ditembak secara berdepan oleh polis tersebut, yang berlari dan kemudian berpusing untuk melepaskan tembakan kearahnya
Bagaimana pun menurut Kamaruzaman, Wan Aziz mendakwa, beliau terjatuh dan ketika itu melepaskan tembakan.
Sesi perbicaraan kes Batu Buruk akan dibuka semula untuk mendengar hujah kedua pihak selama tiga hari mulai Isnin 18 Januari hingga Rabu, 20 Januari, 2010. BO
Subscribe to:
Posts (Atom)