KUALA TERENGGANU: Pemuda Pas Kampong Kolam Kuala Ibai sedang berusaha untuk mengutip dana bagi membantu membiayai kos perbicaraan mahkamah ahlinya yang ditangkap di Bagan Pinang baru-baru ini akibat kezaliman Umno.
Syamsuddin merupakan anggota Amar Makruf Pas cawangan Kuala Ibai yang bertugas membantu Pas Bagan Pinang ditahan polis ketika mempertahankan diri ketika dibaling batu bertubi-tubi oleh penyokong yang dibayar Umno. Insiden yang melibatkan Syamsuddin berlaku di hadapan Sekolah Menengah Teluk Kemang baru-baru ini.
Syamsuddin dibebaskan dengan ikat jamin dan akan menghadapi pertuduhan mahkamah pada isnin ini di Seremban. Untuk membantu menyelesaikan kes, AJK Khas pemuda telah dilantik untuk mengumpul dana bagi membantu meringankan beban Syamsuddin bagi membiayai kos perjalanan, kos denda mahkamah yang bakal diputuskan nanti. Untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi ahli, Pemuda pada malam ini dengan bantuan Pas Terengganu merayu masyarakat yang menghadiri ceramah umum di Batu 6 Kuala Terengganu supaya menyumbang dana bagi membantu petugas Pas yang berkhidmat di Bagan Pinang baru-baru ini akibat tindakan kurang ajar penyokong Umno.
Pemuda juga berusaha untuk mengutip dana melalui sumbangan ikhkas di Ijtimak Pas yang berlansung di Rhusila esok. Syamsuddin akan berangkat ke Negeri Sembilan pada malam hari Ahad ini bagi menghadapi pertuduhan pada pagi isnin nanti. Syamsuddin akan diiringi sekumpulan pemuda Kampong Kolam Kuala Ibnai untuk memberi sokongan moral. SinarHairan
Dato' Zaid Ibrahim hari ini telah membuat pengumuman mengejut untuk bercuti selama enam bulan daripada Parti KeADILan Rakyat (PKR) di tengah-tengah ura-ura beliau menghadapi masalah dengan salah seorang pimpinan kanan parti.
"Ini bermakna saya tidak akan menghadiri mana-mana mesyuarat Biro Politik Parti KeADILan Rakyat (PKR)," kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan hari ini.
Surat itu, yang berkuatkuasa serta-merta, diserahkan kepada Setiausaha Agung Parti KeADILan Rakyat (PKR) Datuk Salehuddin Hashim. Zaid, yang mengumumkan penyertaannya bersama Parti KeADILan Rakyat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jun lalu, dipercayai berdepan masalah dalam menjalankan tugasnya untuk menyatukan pembangkang susulan pergeserannya dengan Naib Presiden Parti KeADILan Rakyat (PKR) iaitu Azmin Ali.
Beliau, yang juga Ahli Parlimen Gombak, dilaporkan tidak senang dengan peranan Zaid yang akan ke Sabah esok untuk menyelesaikan masalah penolakan ketua-ketua bahagian terhadapnya (Azmin Ali), yang dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah.
Dalam satu mesyuarat Biro Politik Parti KeADILan Rakyat (PKR) Selasa lalu, Azmin didakwa melepaskan kemarahannya terhadap bantahan ketua-ketua bahagian di Sabah sehingga Anwar juga sukar menenangkannya.
Dalam kenyataannya hari ini, Zaid bagaimanapun menafikan pembabitannya dengan isu kepemimpinan parti itu di Sabah dan Sarawak seperti dilwar-warkan sebelumnya.
"Saya diundang menghadiri perhimpunan dan majlis Hari Raya anjuran pemimpin Parti KeADILan Rakyat (PKR) disana untuk bertemu dengan ahli-ahli dan penyokong parti dan saya telah menerima pelawaan itu.
"Saya juga turut diundang bertemu dengan beberapa pemimpin Sarawak di Kuching dan saya tidak nampak sebarang niat tertentu dalam undangan-undangan ini" katanya.
"Saya tidak ada apa-apa kepentingan dalam politik dalaman Parti KeADILan Rakyat (PKR) atau parti-parti lain baik DAP mahupun PAS. Saya juga tidak berminat mengambil peranan kepimpinan dalam Parti KeADILan Rakyat (PKR).
"Saya telah jelaskan perkara ini sejelas-jelasnya kepada Dato' Seri Anwar sewaktu saya menyertai parti ini."
Dalam masa yang sama juga, Beliau menjelaskan bahawa masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan supaya rakyat benar-benar faham akan perjuangan Pakatan Rakyat dan ini juga memerlukan perbincangan sesama Pimpinan Tertinggi ke 3-3 parti dalam Pakatan Rakyat dalam menyusun dan merangka strategi agar Pakatan Rakyat benar-benar diterima majoriti pengundi menjelang Pilihanraya Umum ke-13.
"Saya memerlukan masa untuk meneliti dan seterusnya memperkukuhkan strategi seterusnya sebelum membawa cadangan pengukuhan tersebut kepada ke 3-3 pimpinan tertinggi parti gabungan Pakatan Rakyat"
"Saya amat-amat berharap supaya cadangan tersebut akan dipersetujui dan seterusnya dilaksanakan demi masa depan Negara Malaysia terutamanya".
"Kita memerlukan gabungan pembangkang yang kuat untuk menumbangkan Barisan Nasional kerana mereka (Barisan Nasional) mempunyai segala bentuk kemudahan yang diperlukan. tanpa kerjasama sepenuhnya dari ke 3-3 parti dalam Pakatan Rakyat, matlamat untuk menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU-13 akan menjadi amat sukar"
"Kita sudah berada dalam gear terakhir menjelang PRU-13 dan adakah kita sudah bersedia untuk itu..?"
Tambah beliau lagi, mulai hari ini, apa sahaja aktiviti atau kenyataannya selepas ini bukanlah mewakili mana-mana parti sebaliknya datang dari dia sendiri. sebarang kenyataan dari Dato' Zaid datangnya dari Dato' Zaid dan bukannya mewakili sesiapa.
"Saya akan bergerak atas inisiatif dan tanggung-jawab saya untuk memastikan Negara Malaysia tidak lagi dikuasai oleh Barisan Nasional selepas PRU-13".
Operasi mengheret mendiang Teoh Beng Hock ke kancah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disyaki diarahkan Putrajaya, dan bukan SPRM negeri.
Peguam Gobind Singh Deo mengesyaki tangan-tangan Putrajaya mendalangi siasatan ini.
Kenyataan ini dibuat berdasarkan kepada pededahan Penolong Penguasa Risikan, Arman Alias kepada Koroner Azmil Muntapha Abas di Inkues hari ini. “Saya merasakan ada dua perkara yang menimbulkan keraguan daripada keterangan Arman bahawa beliau adalah merupakan seorang Pegawai daripada SRPM Putrajaya menunjukkan dalam siasatan kes ini pada awal-awalnya arahan diberikan oleh Pegawai daripada Putrajaya supaya mereka boleh ikuti dengan dekat perkembangan kes ini,’’ katanya.
Dalam pada itu, Gobind turut mengatakan Arman sebenarnya tidak memahami dengan jelas apa yang disiasatnya ekoran dari kenyataan beliau apabila diminta menjawab beberapa soalan.
“Apabila disoal, beliau bersetuju pada permulaannya, beliau tidak tahu secara tepat apa kesalahan dan tidak dapat melihat dengan jelas. Mereka itu seolah-olah hanya membawa semua fail dan mencari sahaja, hendak mencari satu kesalahan,” katanya.
Sementara itu, bekas majikan Teoh Beng Hock, Ean Yong Hian Wah meminta Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan memberi penjelasan mengenai campurtangan pegawai SPRM Putrajaya dalam siasatan terhadap Beng Hock.
Menurutnya Ahmad Said tidak seharusnya mengambil sikap berdiam diri seperti yang dilakukan ketika mayat Beng Hock ditemui di Plaza Masalam 16 Julai lalu tanpa memberi sebarang penjelasan walaupun mendiang masih dalam tahanan SPRM.
“Saya harap ketua pesuruhjaya SPRM Datuk Seri dia perlu beri penjelasan pada rakyat dan keluarga Teoh Beng Hock mengapa pegawai-pegawai SPRM Putrajaya datang untuk mencampurtangan dalam siasatan begini.
“Saya juga minta SPRM perlu bertanggungjawab ke atas kematian Teoh Beng Hock dan sehingga kini tiada siapa mengaku bersalah dan tiada sebarang penjelasan daripada SPRM bagaimana Teoh Beng Hock boleh jatuh dari pejabat SPRM di tingkat 14 Plaza Masalam,” katanya.
Menurutnya campurtangan pegawai SPRM Putrajaya berkenaan merupakan usaha menakut-nakutkan dan menjatuhkan wakil rakyat Pakatan Rakyat di Selangor.
“Memang kita dapati apabila SPRM mula membuat siasatan ke atas semua wakil rakyat Pakatan Rakyat di Selangor, mereka mempunyai agenda yang tertentu. Jika hari ini kita dapati ada pegawai SPRM dari Putrajaya masuk ke dalam Selangor untuk menyiasat wakil rakyat dan bukan sahaja Teoh Beng Hock jelas sekali mereka mahu menakutkan kita dan mahu menjatuhkan wakil rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor,” katanya.
Beng Hock adalah setiausaha politik kepada Exco Selangor Ean Yong Hian Wah dan ditemui mati berhampiran ibu pejabat SPRM negeri 16 Julai lalu.
Pakatan Rakyat mengesyaki Beng Hock adalah mangsa konspirasi siasatan besar-besaran SPRM terhadap kerajaan Selangor.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seraya mengeluarkan arahan sebarang siasatan selepas ini hanya boleh dilakukan dalam keselamatan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.
Perbincangan inkues Beng Hock akan bersambung pada 21 Oktober ini. -TVS
Umno mahu Putrajaya menyekat peruntukan ke Selangor supaya rakyat negeri ini sedar hanya Umno dapat membantu mereka.
Perwakilan Umno Selangor Abdul Shukur Idrus berkata sekatan ini perlu kerana kerajaan Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim meraih sokongan meluas dari program bantuan sosio-ekonomi yang dilaksanakan.
Abdul Shukur menjelaskan kerajaan negeri mengagihkan RM1,000 berupa bantuan khairat kematian dan RM1,500 kepada warga tua - walhal Umno sekadar menyumbang RM300. Beliau menambah agihan sosio-ekonomi seperti ini menjadi buah-bicara rakyat Selangor walhal peruntukan sebenarnya datang dari Kerajaan Pusat.
Abdul Shukur berkata demikian ketika membahaskan ucapan Presiden Umno Najib Abdul Razak di Persidangan Umno ke-60 hari ini.
Sementara itu Exco Kerajaan Negeri Selangor, Yaakob Sapari berkata kerajaan pusat telah menyekat peruntukan kepada kerajaan negeri selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri.
Menurutnya gesaan berkenaan jelas menunjukkan ketidak matangan pemimpin Umno memahami memahami sistem federalisme dan demokrasi sehingga sanggup menghukum rakyat.
"Hari ini pun peruntukan pusat pada negeri telah ditarik balik. Kerajaan negeri membangunkan negeri dengan pendapatan yang ada sahaja.
"Pemimpin Umno kena faham apa makna kerajaan persekutuan, ada kerajaan persekutuan dan ada kerajaan negeri, dan dia perlu menghormati demokrasi. Mana kita ada pilihan raya, rakyat dihukum kerana membuat pilihan sendiri," katanya.
Menurutnya kerajaan Pusat perlu memberi penjelasan kepada rakyat Selangor begaimana wang peruntukan yang seharusnya disalurkan kepada Ahli Parlimen dan Pejabat Daerah digunakan.
Beliau bagaimanapun memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan berusaha memastikan bantuan sosio-ekonomi kepada rakyat Selangor tetap dilaksanakan walaupun mendapat halangan dari kerajaan pusat.
Katanya isu berkenaan tidak seharusnya timbul memandangkan rakyat Selangor berhak menerima peruntukan dari kerajaan pusat kerana mereka merupakan pembayar cukai.
"Peruntukan Ahli Parlimen ditarik balik, peruntukan di pejabat daerah ditarik balik dan kita mempersoalkan di mana duit itu dibelanjakan, apa jadi dengan duit-duit itu.
"Kerajaan pusat kena jelaskan kepada rakyat Selangor bagaimana wang itu dibelanjakan secara telus. Dia kena ingat 32 peratus pendapatan pusat dari Selangor, hasil cukai Negeri Selangor," katanya.
Ceramah Perdana Sempena Ijtima' PAS Terengganu. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Dato' Haji Mustaffa Ali, Dato' Haji Harun Taib di Pekan Manir, Kuala Terengganu.
Ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak disambut pemerhati politik dengan nada skeptik.
Ucapan beliau merasmikan Perhimpunan Agong Umno 2009, Najib berkata Umno komited kepada kepedulian rakyat dan tidak mabukkan kuasa.
“Selepas tragedi 13 Mei 1969 para pemimpin Umno boleh memilih untuk tidak meneruskan demokrasi yang telah digalas. Umno juga boleh memutuskan untuk mewujudkan kerajaan satu parti atau menyokong sahaja angkatan tentera melakukan kudeta. “Umno berusaha keras untuk mengembalikan demokrasi dalam masa hanya 18 bulan sahaja. Ini jelas mempamerkan bahawa Umno bukan sebuah parti yang mabukkan kuasa, jauh sekali sebagai sebuah parti yang bersifat perkauman,” katanya.
Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Shaharin bagaimanapun menyanggah ucapan presiden parti pemerintah ini.
“Mengenai umno bukan parti yang mabukan kuasa ini jelas selepas daripada pilihan raya mereka tewas di banyak tempat dan banyak negeri tetapi malangnya Umno kalau benar bukan mabukkan kuasa, berjuang atas prinsip Melayu, perpaduan dan sebagainya, selepas pilihan raya 2008 adalah masa yang terbaik untuk refleksi semula dan memperkuatkan akar umbi Melayu.
“Malangnya Umno hanya bercerita persoalan kuasa. Mereka merampas kuasa di Perak, bercerita untuk rampas kuasa di Selangor dan tema perubahan yang dibawa amat tidak sesuai dengan kemenangan di Bagan pinang di mana mereka demi kuasa demi kemenangan, mereka sanggup letakan calon dan memenangkan calon yang jelas tidak bertepatan dengan nilai perubahan yang sedang diperkatakan dalam Umno,” katanya.
Badrul menjelaskan keghairahan kuasa ini menyebabkan Umno alpa memperkasa bangsa Melayu.
Beliau turut menyifatkan Umno sebagai parti yang cakap tidak serupa bikin kerana realiti tindak-tanduk Umno jauh berbeza dari apa yang dilaungkan.
Menyentuh isu yang sama, Adun Teja, Chang Lih Kang menolak oratori Presiden Umno sebagai penghias akhbar semata-mata.
Bagi ahli politik muda ini, Umno mahu menonjolkan imej transformasi namun teras parti itu tetap sama.
Lih Kang menambah persembahan politik ini sia-sia selagi Umno enggan menerapkan urustadbir demokratik yang jitu dan telus – bebas dari diskriminasi politik, kaum dan taktik menghalalkan cara.
“Apa yang Najib cakap hanya kosmetik tidak reflek dalam polisi Umno kerana dari apa yng dilihat bukan hanya dalam kerajaan malahan dalam Barisan Nasional, Umno tidak boleh berkongsi kuasa dengan parti komponan lain. Ini menunjukkan mereka memang parti yang mabuk kuasa.
“Apa yang berlaku di Perak adalah contoh ketara Umno- Barisan Nasional gila kuasa. Sekiranya tidak gila kuasa mereka boleh bubarkan dun dan biarkan rakyat menentukan siapa kerajaan negeri tetepi sehingga kini mereka enggan, ini bercanggah dengan apa yang dikatakan Najib,” katanya.
Manakala bagi Presiden Gerakan Mansuhkan ISA Syed Ibrahim Syed Noh pula, beliau amat kesal Presiden Umno lupa akan dokongan kuat parti perkauman itu terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Beliau menjelaskan kewujudan ISA adalah alat memusatkan kuasa, dan mercu hegemoni Umno.
“Dia tidak sedar bahawa mereka mendokong ISA. Untuk kata tidak mabuk kuasa menzalimi dan sebagainya ia kena diukur dengan betul . Jika ukur dari sokongan mereka terhadap ISA sedangkan ISA adalah satu instrument kuasa sebenarnya tidak benar apa yang disebutkan.
“Kalau dalam perhimpunan kebanyakan perkara yang disebut adalah secara konsep tetapi dari segi hakikatnya tidak seperti yang disebutkan. Bagi saya bila sebut tidak gila kuasa maknanya kita mesti adil dan tidak menzalimi pihak lain. Tapi jika masih menzalimi dan menafikan hak orang lain itu tidak bermakna apa-apa kenyataan tidak mabukkan kuasa,” katanya. -TVS