03 November 2009

Asri mula serang, dedah ‘gelombang fitnah’ malam ini

Gambar sijil Sarjana Muda Kepujian Dr Mohd Asri daripada University Of Jordan yang menunjukkan pengkhususan beliau dalam Bahasa Arab dan Sasteranya serta Syariah Islamiyyah. Ini bercanggahan dengan tuduhan pegawai JAKIM Zamihan Mat Zain dalam Utusan.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang ditahan malam kelmarin atas alasan memberi ceramah agama tanpa tauliah, sudah memulakan langkah mempertahankan diri beliau dengan ‘siri’ pertama menjurus kepada penjelasan ‘gelombang fitnah’ malam ini. Kuliah beliau yang akan berkisar pada tajuk “Gelombang Fitnah” dijadual untuk berlangsung di Institut Al-Qayyim, Mengkuang, Bukit Mertajam.

Maklumat blog Asri pagi ini juga menyebut beliau akan menjawab tuduhan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tentang sijil palsu.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zain Al-Ghari mendedahkan Asri telah memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah dari Universiti Jordan.

Jelas Zamihan, berdasarkan pemeriksaannya, bidang pengkhususan Asri hanya melibatkan Bahasa Arab dan Sastera.

“Universiti Jordan tidak menawarkan dua pengkhususan dalam satu ijazah. Sekiranya seseorang itu berkelulusan syariah, minor pengajian biasanya melibatkan bidang berkaitan seperti ‘fiqh wa usul’.

“Pengajian Bahasa Arab dibenarkan untuk mengambil minor syariah tetapi hanya sebagai subjek elektif.

“Sekiranya ia diambil sebagai elektif, maka ia tidak dikira sebagai pelajar syariah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kelmarin, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan Asri selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay, Hulu Klang.

Penahanan beliau mencetuskan persoalan di kalangan pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Asri dilepaskan petang semalam dengan bon jaminan kerana JAIS gagal mengemukakan pertuduhan ke atas beliau. - themalaysianinsider.com

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese