26 March 2009

Selcat: PNSB hadiah jaket RM3,600 pada Khir dan bag tangan RM23 ribu kepada Zahrah



SHAH ALAM : Jawatan Menteri Besar Selangor semasa dalam kerajaan Barisan Nasional soalah-olah menghadiri majlis dan memenangi cabutan bertuah tempat pertama pada hampir setiap hari.

Mana tidakanya bila mantan Menteri Besar itu sentiasa mendapat cabutan nombor bertuah istimewa dan menang hadia mewah yang mahal-mahal belaka.
Antaranya seperti jaket Summer Man yang berharga RM3,600, jam tangan Patek Philip RM156 ribu, percutian mewah dan segala macam cenderahati yang nilainya cukup atau bersamaan dengan pendapatan mewah sesebuah keluarga enam anak berbelanja selama setahun!

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Teng Chang Khim telah melabelkan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) umpama ‘juruwang’ kepada Badan Amal Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Dalam siasatan Selcat, Ketua Eksekutif PNSB, Khairiyah Abu Hassan mengaku bahawa Khir Toyo sentiasa menerima hadiah mahal daripada PNSB ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Pada sesi petang pendengaran awam terbuka petang semalam, Khairiyah berkata PNSB telah menaja cenderahati berjumlah RM4,200 kepada Balkis termasuklah hadiah jaket Summer Man bernilai RM3,600, bayaran keraian sambutan Tahun Baru Cina pada tahun 2004 dan pembelian cokelat sebagai cenderahati berharga RM25,000.

Beliau juga bersetuju bahawa PNSB menghadiahkan sebuah beg tangan bernilai RM23 ribu kepada Zaharah manakala Khir Toyo diberi jam tangan bernilai RM159 ribu.

Menurutnya, jaket itu dihadiahkan oleh badan itu dengan menggunakan dana sumbangan PNSB.

Khairiyah juga mendedahkan PNSB membayar dua tiket kapal terbang kelas bisnes bernilai RM14 ribu untuk membolehkan beliau mengiringi isteri Khir Toyo, Zaharah Kechik melawat anaknya yang sedang menuntut di Melbourne.

Perbadanan itu juga bertindak sebagai “juruwang” kepada Balkis dengan menganjurkan majlis makan malam, minum petang, melancong ke luar negara dan serta mengadakan kegiatan sukan.

Balkis turut menggunakan dana PNSB sebanyak RM121 ribu bagi membeli kain batik untuk orang kenamaan wakil rakyat dan isteri mereka.

Antara yang dibangkitkan oleh Teng ialah arahan Khir Toyo untuk membeli cederahati bernilai RM45 ribu bagi isteri Perdana Menteri Jean Abdullah dan Najib Razak serta isteri beliau Rosmah Mansur pada tahun 2007.

Ahli panel Selcat, Saari Sungib membandingkan perbelanjaan itu dengan langkah PNSB berbelanja hanya RM4 ribu membeli kain batik dan kain pelikat untuk golongan miskin dan ibu tunggal pada tahun sama.

“Adakah ini memenuhi tanggungjawab sosial bagi sebuah badan korporat yang mempunyai modal pusingan 25 juta ringgit setahun?, tanya Saari.

Seorang lagi ahli panel, Azmin Ali, berkata Balkis membuat pelbagai lawatan teknikal yang membabitkan kos 1.2 juta ringgit tetapi tiada laporan mengenai hasil lawatan itu.

Ini termasuk lawatan ke Komboja pada 2002, Indonesia pada 2004, Hong Kong dan Tokyo pada 2006 dan Melbourne, Australia pada 2007.

Hanya secebis daripada dana RM1juta yang disalurkan oleh PNSB kepada Balkis setiap tahun diguna untuk membantu golongan kurang berupaya seperti anak yatim, fakir dan ibu tunggal.

“Keputusan menghadiahkam jam ini dibuat oleh pengurusan tanpa pengetahuan lembaga pengarah,” kata Khairiyah. “Ia diberi sebagai menghargai khidmat bakti Pengerusi.” tambah beliau.

Khairiyah akan menyambung semula sesi keterangannya pagi esok. (SK)

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese