03 March 2009

Pahang Daily Di Saman Saiful Bukhari !!



PETALING JAYA - Bekas pembantu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan (foto) hari ini membuat laporan di Balai Polis Damansara berhubung 6 artikel berunsur fitnah dan berniat jahat yang telah disiarkan oleh blog www.pahangdaily.blogspot.com dari September 2008 hingga ke hari ini. Mohd Saiful tiba di balai polis tersebut kira-kira pukul 11 pagi diiringi bapanya serta peguam, Zamri Idrus. Beliau yang ditemui pemberita selepas selesai membuat laporan tersebut menegaskan bahawa kesihatannya amat baik dan menafikan laporan yang disiarkan dalam laman web berkenaan yang mendakwa kononnya dia sedang sakit tenat kerana termakan sumpah laknat yang pernah dibuatnya pada Ogos tahun lalu. laporan >> MStar Online) | Utusan Malaysia <<
[Kami menyeru kepada semua pembaca Pahang Daily Online untuk mendoakan semoga kes saman ini akan memperkuatkan lagi perjuangan kami. Sesungguhnya Saiful boleh mengatakan beliau difitnah dalam kes ini, tetapi beliau langsung tidak pernah memikirkan bahawa seluruh rakyat Malaysia sebenarnya menyumpah dan melaknati beliau kerana beliau juga telah melakukan fitnah yang lebih besar terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hal dirinya diliwat. Jika ini tindakan beliau terhadap PDO, maka kami akan lawan tetap lawan hingga ke titisan darah yang terakhir. Andai berlaku apa-apa masalah kepada PDO selepas ini, kami memohon ribuan ampun dan maaf atas segalanya. tentang kes yang berlaku kepada Saiful, kami tetap mempertahankan laporan berkenaan dan bukannya "fitnah" semata-mata. Ini kerana segala info dan maklumat diberikan oleh ahli keluarga, saudara mara dan sahabat terdekat dengan diri beliau. Justeru itu, kami tidak takut menghadapai kebenaran. Saiful boleh kata dia difitnah, dia tidak sakit..tetapi pernahkah kita tahu memang dia tidak sakit. Mungkin selepas berubat beberapa ketika beliau sihat sekejap kemudia kembali terlantar semula. Ini kerana beliau dikatakan masih menerima rawatan oleh pakar-pakar yang terpilih. Usah melatah dalam hal ini. Begitu juga dalam kes Anwar, dia kata Anwar liwat dia..tetapi pemeriksaan doktor mengatakan tidak?. Jika benar beliau tidak sakit, kenapa tidak kemukakan laporan doktor? Sihat sekejap dan buat laporan polis, atau sidang media itu adalah perkara biasa sebenarnya]. - Pahangdaily

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese