30 March 2009

P59 Bukit Gantang: Nizar simbol ‘cakna & prihatin’





http://buletinonline.net/images/stories/berita2/DatoPa290309.jpgBukit Gantang – Pemilihan Dato’ Seri Nizar Jamaludin sebagai calon PAS adalah kerana beliau merupakan simbol ‘cakna dan prihatin’ PAS kepada rakyat dalam perjuangan untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali berkata, Nizar telah membuktikan perkara tersebut dalam tempoh tidak sampai setahun menerajui pemerintahan negeri Perak.

Katanya, sebagai Menteri Besar, Nizar telah berjaya menyatukan seluruh rakyat walaupun kepimpinan UMNO dan Barisan gagal melaksanakannya setelah puluhan tahun memerintah negeri Perak.

“Beliau berjaya mendekatkan masyarakat Cina, India dan Melayu bersama-sama, sebab itu kita (PAS) memilih beliau sebagai calon,

“untuk membuktikan kita berlawan dengan UMNO lawan sungguh-sungguh, lawan habis-habis, supaya dia terlingkup, Insyaallah,”katanya dalam Majlis Hi-Tea anjuran UPU Pengkalan Aur, di Taman Indah,disini, petang semalam.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS berkata beliau yakin dengan sokongan rakyat kepada calon PAS berdasarkan fakta dan kehadiran puluhan ribu rakyat dalam majlis perisytiharan Nizar sebagai calon PAS dan perarakan penamaan calon yang diadakan semalam.

“Pengumuman yang kita buat puluhan ribu yang hadir, pengumuman yang Najib buat tak berapa ramai orang UMNO/ BN yang hadir,

“yang kedua besar adalah pagi tadi, saya sendiri tidak sampai kedalam (tempat penamaan calon), tetapi saya dapat laporan, puluhan ibu yang hadir,

“itu menggambarkan suatu kemenangan semangat, kemenangan moral kepada kita,”tegasnya.

Mengulas perkembangan tiga pilihnaraya kecil yang akan diadakan seretntak pada 7 April akan datang, beliau yakin Pakatan Rakyat akan menang tiga pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, sekaligus.

Katanya, berdasarkan pertemuannya dengan pengundi, beliau mendapat pengakuan dari pengundi BN sebelum ini akan turut memilih calon Pakatan Rakyat pada pilihantraya kecil kali ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Johor Professor Datuk Dr Mahfodz Bin Mohamad, Bendahari PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali dan bekas calon PAS kawasan Tiram Johor, Kumutha Rahman

1 comment:

Unknown said...

PAS memikul tanggungjawab jang besar utk menyedarkan melayu.52 tahun ditidas & miskin di bawah pemerintahan UMNO dah cukup dah.

jangan diperdayakan lagi dah.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese