16 March 2009

Nik Aziz: Kerajaan campuran tidak perlu



KOTA BHARU - Mungkinkah boleh berlaku negara tanpa pembangkang. semata-mata mahu mengurangkan ketegangan politik di negara ini.

Sebenarnya ketegangan politik yang semakin melampau sekarang berlaku ekoran kejayaan Pakatan Rakyat menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di parlimen pada 8 Mac 2008.

Sedangkan BN tidak mahu menerima hakikat itu

Bagi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat peristiwa lama di mana PAS pernah berada dalam kerajaan campuran BN, kemudian ditendang keluar tidak mudah untuk dilupakan.

"Kami dah dibawa masuk dalam kerajaan campuran dulu tapi BN tidak hargai, bahkan PAS ditendang keluar begitu sahaja, akhirnya cubaan kami masuk dulu gagal, bukan gagal kerana kami, saya sudah perit.

"Selagi saya tidak puas hati dan merasa pahitnya pengalaman dulu, selagi itulah saya perit untuk menerimanya cadangan seperti itu," katanya ketika ditemui pemberita di rumah pelajar cemerlang, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal di Kampung Parang Punting, dekat sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, cadangan kerajaan campuran atau pakatan dengan Umno tidak perlu kerana Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak yang mencetus isu rampasan kuasa di Perak.

Bagaimanapun, katanya segala pandangan mengenai perkara itu perlu diperhalusi pada Muktamar Tahunan PAS pada Jun depan.

Sebelum ini Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta PAS mengemukakan butiran jelas mengenai cadangan menubuhkan kerajaan campuran antara BN dan Pakatan Rakyat di negara ini. - Hrkh

Bancian 7 Edition menunjukkan 93% tidak bersetuju dengan idea kerajaan campuran yang diutarakan oleh Ustadz Hadi. Kebanyakannya menyokong pendirian Musrsyidul Am PAS TG Nik Abdul Aziz yang tidak selesa dengan idea berkenaan.

3 comments:

Anonymous said...

Daripada aku bergabung dengan UMNO lebih baik aku bergabung dengan DAP.
UMNO akan tipu kita tapi DAP akan terus setia pada kita

Anonymous said...

Masuk akal ke nak bersama2 dgn orang yg kita sudah ketahui sebagai tidak amanah, tidak ikhlas dan buruk moral( korup). Macamana (tn guru???) Hadi blh cadangkan perkara ni??? Hj hadi dah terkena virus AIDS rasuah UMNO ke? Kalau ya, elok undur saja dan tumpukan pada ibadat kat Rusila je. Tak tau bila Allah menjemput nanti!

Anonymous said...

Ya aku pun bersetuju dengan komentar yang pertama. Sebab UMNO walaupun pandai mengucap 2 kalimah sahadah, tetapi perangainya teruk sikit.

Tetapi walupun DAP tak tau mengucap 2 kalimah sahadah. DAP baik sebab dia sama dengan kita yeee??

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese