24 March 2009

Media Baru Dinafikan Pas Media: Malaysiakini, The Nut Graph, Malaysianinsider, Siasah, Merdeka Review & Laksou.

Malaysiakini.tv : UMNO Halang Akhbar Online Buat Liputan Perhimpunan
Malaysiakini : Media internet gagal dapat pas Umno
The Nut Graph :Internet media barred from Umno
Themalaysianinsider : Online media barred from covering Umno assembly



Sehari selepas Kementerian Dalam Negeri mengumumkan penggantungan akhbar Suara Keadilan dan Akhbar kini tiba giliran Umno pula mengekang kebebasan membuat liputan berita mengenai Perhimunan Agung ke 59 parti itu yang bermula hari ini.

Sekurang-kurangnya enam media baru termasuk laman web berbahasa Inggeris,Malaysiakini, The Nut Graph dan Malaysian Insider serta akhbar Siasah dan Merdeka Review serta laman web berbahasa Cina, Laksou tidak mendapat kelulusan akreditasi media daripada ibu pejabat Umno.

Tidak ada alasan diberikan dan arahan tidak meluluskan permohonan daripada media baru tersebut dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor.

Walau bagaimanapun laman web politik, Agenda daily yang dikaitkan dengan Umno mendapat pas media bagi petugas medianya. - TVAntara

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese