23 March 2009

Reformasi Najib telah bermula, Harakah & Suara Keadilan digantung.

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

Tindakan secara langsung menghalang kempen media kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil pada 7 April ini - kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

Menurut surat arahan yang dikeluarkan oleh Setiausaha bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut dan arahan terbabit telah difaks kepada Harakah hari ini.

Sementara itu arahan turut dikeluar kepada akhbar KeADILan yang dialamatkan kepada Presiden KeADILan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira 5 petang ini yang berkuatkuasa serta-merta.

"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN dipetik. - Hrkh

SK: Suara KeADILan, Harakah banned for 3 months


Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah, sedang membuat pemeriksaan terakhir sebelum Harakah di cetak.

1 comment:

Unknown said...

Kita kembali semula ke era zaman Mahathir.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese