12 March 2009

'Altantuya' Gamatkan DUN Selangor



Kes pembunuhan Altantuya Sharibuu menjadi tumpuan di sidang dewan undangan negeri Selangor apabila wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali menegahkan laporan akhbar Peranchis Liberation berhubung penglibatan Najib Razak dengan Altantuya.

Azmin mempersoalkan tentang tertuduh di dalam kes Altantuya, dimana mereka di tutup dengan topeng yang dibuat khas oleh pihak tertentu.

Langkah Azmin Ali (Bukit Antarabangsa) membaca laporan itu dibantah oleh Datuk Satim Diman (BN-Seri Serdang).

Pemimpin PKR itu sebelumnya mengupas isu keselamatan dan jenayah yang meningkat di negeri itu sewaktu membahaskan titah ucapan Sultan Selangor sewaktu perasmian penggal kedua persidangan ke-12 DUN semalam.

Kes jenayah berprofil tinggi melibatkan Altantuya juga terjadi di negeri itu, kata Azmin.

Kenyataannya dibantah oleh Satim yang mengingatkan kes tersebut masih dalam perbicaraan di mahkamah dan tidak wajar dibangkitkan dalam DUN.

Persidangan hari kedua bermula dengan sesi soal jawab pagi tadi sebelum Azmin bangun membahaskan titah ucapan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Terdahulu, Azmin mendakwa Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) menggunakan dana Syarikat Permodalan Negeri Selangor (PNSB) untuk mengadakan lawatan ke Disneyland di Tokyo dan Hong Kong.

Sewaktu rehat tengah hari, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan beliau dan barisan exconya akan mendedahkan aset masing-masing mulai Jumaat ini.

Maklumat hartanah, saham dan wang mereka yang diperolehi atau dilupuskan sejak mengangkat sumpah pada 24 Mac 2008 diisytiharkan di laman web rasmi kerajaan www.selangor.gov.my.

Negeri Selangor merupakan negeri pertama di dalam negara ini yang berbuat demikian untuk membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat yang bersih dan telus.

Di dalam satu perkembangan lain, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan Selangor untuk tidak tunduk pada tekanan syarikat konsesi air dan kerajaan Pusat demi kepentingan rakyat dan pekerja negeri itu. - Greenboc

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin