24 September 2008

Kes Anwar : Keputusan pindah ke Mahkamah Tinggi 7 Oktober

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Mahkamah Sesyen hari ini akan memutuskan pada 7 Oktober ini untuk menentukan sama ada kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Keputusan itu dibuat oleh hakim S.M.Komathy Suppiah selepas mendengar bantahan awal pihak pendakwaan dan peguam bela berhubung permohonan untuk memindahkan kes itu ke mahkamah lebih tinggi.

Sulaiman Abdullah yang mengetuai barisan peguam bela mewakili Anwar membantah permohonan itu dengan alasan sijil yang ditangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dianggap tidak sah.

Dalam prosiding yang berlangsung kira-kira lebih satu jam, keadaan di galeri awam penuh sesak dengan hadirin terdiri daripada petugas media, ahli keluarga Anwar dan penyokongnya.

Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga ketua pembangkang Parlimen didakwa meliwat Mohd. Saiful pada 26 Jun 2008 antara pukul 3.01 dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.

Sementara menunggu perbicaraan Anwar dibebaskan dengan jaminan peribadi RM20,000. - Utusan

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese