23 August 2008

Najib born as Muslim ..but Hindu by practise


Agendadaily: "Sah Gila" : Raja Petra tuduh Najib amal cara hidup Hindu.
Sehari satu akuan bersumpah dikeluarkan oleh pengendali laman web Malaysia Today. Terbaru Raja Petra mengeluarkan akuan bersumpah seorang lelaki India yang dikatakan pernah menjadi pemandu D Nalakaruppan mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak setiap bulan melakukan acara keagamaan Hindu di rumahnya. Akuan bersumpah yang tidak diketahui kebenaran atau kesahihannya itu, menceritakan barang-barang untuk upacara sembahyang agama Hindu telah dibawa ke rumah Najib dan acara keagaman itu dilakukan setiap bulan. Menurut dakwaan itu sami Hindu akan bawa peralatan untuk acara keagamaan itu dan Najib serta isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan duduk di depan api yang dinyalakan. Setelah selesai, Najib dan Rosmah akan dimandikan dengan susu yang telah dijampi dengan mentera Hindu. Di akhir tulisannya, Raja Petra menuduh Najib mungkin lahir dalam keluarga Islam tapi hidup mengamalkan agama Hindu. Dia membuat tuduhan itu sebagai usaha memperkecilkan sumpah Najib di Masjid Gua Perahu Jumaat malam. - 23/8/2008
.
Sumber: Malaysia Today,
Terjemahan ini dibuat secara bebas oleh Mat Saman Kati berdasarkan artikel Raja Petra, Najib: Muslim By Birth, Hindu By Practice.

2 comments:

Anonymous said...

Saudara post benda ni di web saudara, saudara pasti ke akan kesahihannya? Kadang2 dlm politik kita kata kita islamic, tapi dlm masa yg sama, buat benda2 yg mungkin kurang islamic.. saya bukanlah minat sgt najib dgn Rosmah ni, tapi nak percaya si Thiagarajoo ni jauh sekali lah. nampak sgt motif politik timing benda ni keluar..

tapi yg penting, dgn meletakkan ini dlm blog saudara, you bersubahat dlm mengenengahkan berita berunsur fitnah yang you sendiri tak pasti betul atau tidak..

wallahu a'lam.

Melayu Bukan Islam said...

Melayu macam2 pegangan. Kalau pakai bomoh, sultan, raja2 dan ahli politik pun terlibat. Rosmah dan Najib guna bomoh mengikut laporan dari pihat Deepak.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin