21 February 2012
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia
Berita TV9 : Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengesahkan Kapal Israel memasuki pelabuhan Malaysia untuk tujuan pedagangan.
19 February 2012
Anwar Ibrahim perjelas isu sokong ISRAEL
Naib Presiden UMNO dan Menteri Dalam Negeri, DS Hishammuddin Hussein yang menyifatkan tindakan DS Anwar Ibrahim yang terus mengekalkan pendirian mengiktiraf Israel tertakluk kepada syarat Israel mestilah menghormati aspirasi rakyat Palestin, sebagai tidak boleh diterima.
Tegas DS Hishammuddin lagi pendirian DS Anwar itu dilihat sebagai memperlekehkan Majlis Syura Ulamak Pas yang menuntut Anwar menyaman WSJ atau menarik balik kenyataan.
Ini adalah respon DS Anwar kepada soalan berkaitan yang diajukan wartawan semasa ditemui selepas majlis makan malam sempena lawatan kerjanya anjuran PKR Pahang.
EVENT : Majlis Makan Malam Sempena Lawatan Kerja DSAI Ke Pahang
LOKASI : Restoran New Horizon, Kuantan
TARIKH : 17-Feb-2012
09 February 2012
Jawatan Menteri Besar Johor tak penting
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob berkata jawatan Menteri Besar Johor tidak penting berbanding memastikan seluruh rakyat menyokong Pakatan Rakyat dan menguasai Putrajaya.
06 February 2012
DAP Cadang PAS Ketua Menteri Melaka
Desas-desus UMNO/BN mengatakan Ketua Menteri Melaka jika Pakatan Rakyat menang akan diperintah DAP terjawab bahawa DAP sebenarnya mahu PAS yang menjadi Ketua Menteri Melaka dan propaganda UMNO itu semata-mata mahu menakutkan orang Melayu
08 January 2012
PAS pecat Hasan Ali berkuat kuasa serta merta
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta. Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS. Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
06 January 2012
04 January 2012
901 :"100 ribu orang dijangka hadir 901"
Pakatan Rakyat (PR) dijangka akan menggerakkan seramai 100,000 ahlinya bagi menyokong perhimpunan Bebas Anwar 901 yang akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari depan
Subscribe to:
Posts (Atom)