01 October 2010

Najib nak kurangkan Islamofobia di US, Umno Besut Semarakkan di Malaysia



Setiausaha DAP Cawangan Sungai Tong Setiu menyatakan, penganjuran ceramah tersebut bertentangan dengan aspirasi Perdana Menteri ketika bertemu Presiden Amerika baru-baru ini.

Menurut Nasser Zainal, Dato' Seri Najib Razak bertemu Barrack Obama bagi mengurangkan 'Islamofobia' sebaliknya Umno Besut menyemarkkannya.

"Sekarang ni banyak sangat cakap pasal perkauman, keagamaan. Baru-baru ni semasa najib berjumpa dengan obama, dia pun ada beritahu pasal islamophobia. Jadi sekarang di peringkat negeri kita bercakap pasal islamophobia. Jadi tidak ada seragam antara peingkat negeri kuasaan Umno dan peringkat pusat di bawah Najib.

Polis diMinta Hentikan Ceramah 'DAP Anti-Islam'

DAP buat laporan polis bantah ceramah UMNO

KUALA TERENGGANU – Pembangkang buat laporan polis di sini semalam bagi membantah ceramah anjuran UMNO di Besut bertajuk ‘Ceramah Isu Semasa DAP Anti Islam’ yang dijangka berlangsung hari ini.

Laporan polis itu di-buat atas nama Pengerusi DAP Cawangan Kampung Cina, Ng Chai Hing, 50, di Ibu Pejabat Polis Daerah, di sini, jam 10 pagi semalam.

Chai Hing ketika ditemui berkata, butiran berhubung ceramah itu disedari selepas wujud poster dan dua kain rentang besar yang dipasang di Bangunan UMNO Besut dan di depan Sekolah Rendah Kebangsaan Chung Hwa Besut.

Ceramah tersebut dijadualkan berlangsung hari ini pada jam 9 malam di padang Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jertih dengan menampilkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh sebagai penceramah, di samping beberapa yang lain iaitu Abdullah Saamah dan Datuk Mohd Alwi Che Ahmad.

Sehubungan itu, beliau berkata, laporan terpaksa dibuat berikutan bimbang ia akan mengundang suasana negatif rakyat terutama kebencian masyarakat Melayu dan Islam terhadap DAP.

Dalam masa sama, katanya, ceramah sedemikian juga disifatkan satu fitnah dan pembohongan untuk mencemar kreadibiliti DAP yang didakwa telah mendapat kepercayaan dan sokongan terutama dalam kalangan kaum Melayu dan Islam.

“Tindakan UMNO me-nganjurkan ceramah yang bertajuk ‘DAP Anti Islam’ boleh mencetus kemarahan kaum dan mengundang suasana huru-hara dan perasaan kurang senang antara kaum,” katanya ketika ditemui pemberita di luar Balai Polis Daerah, di sini, semalam.-Sinar Harian

DAP Anti Islam Atau Pro Islam?

DAP to take legal action against Umno over ceramah

DAP anti Islam atau Pro Islam? Gambar di atas adalah Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara mengemukakan bukti adalah pihak yang cuba memburukan imej DAP...GoMalaysian

TAPAK MASJID BABRI DIBAHAGI DUA

NEW DELHI – Sebuah mahkamah India semalam memutuskan tapak Masjid Babri abad ke-16 di Ayodhya dibahagi dua dengan dua pertiga menjadi milik penganut Hindu dan satu pertiga untuk masyarakat Islam.Keputusan mahkamah itu disiarkan oleh stesen televisyen di negara itu.

“Semua tiga pihak iaitu Muslim, Hindu dan Nirmhoi Akhara (pertubuhan agama Hindu) diisytiharkan pemegang bersama hartanah dalam perbalahan itu,” kata Hakim S. U Khan dalam satu penghakiman yang disiarkan di laman web Mahkamah Tinggi Allahabad.

Masjid Babri yang dibina pada kurun ke-16 itu dimusnahkan penduduk Hindu pada 1992 sehingga mencetuskan rusuhan terburuk di India sehingga mengakibatkan 2,000 orang terbunuh.

Lebih 200,000 anggota polis dikerah di seluruh India semalam bagi membuat rondaan dan kawalan sebelum mahkamah membuat penghakiman.

Peguam Jawatankuasa Bertindak Masjid Babri, Zafaryab Jilani berkata, pihaknya akan membuat rayuan berhubung penghakiman itu.

“Kami tidak menerima formula satu pertiga itu dan kami akan (mengemukakan rayuan) ke Mahkamah Agung,” katanya. – Agensi

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese