01 May 2009

Sivakumar: "Lebih baik BN letak keldai di kerusi Speaker"

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar menyifatkan tindakan kerajaan kudeta pimpinan Dr Zambry Abd Kadir membelakangi hak dan bidang kuasa beliau menentukan sidang DUN sebagai bukti keangkuhan Umno dan Barisan Nasional.

"Jika Speaker Dewan Negeri tidak berhak dan mempunyai kuasa untuk menentukan agenda persidangan, apa gunanya jawatan Speaker ini?

"Jika jawatan Speaker sudah tidak dihormati lagi, bawa dan letakkan seekor keldai di kerusi Speaker supaya Zambry boleh membuat apa jua kehendak hatinya," kata Sivakumar dalam blognya, suaraperak.

Kerajaan kudeta pimpinan Dr Zambry Abd Kadir berkeras mahu mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri mulai 7 Mei depan walaupun masih banyak persoalan perundangan berhubung keabsahan beliau sebagai Menteri Besar dan lain-lain isu masih belum diselesaikan di peringkat mahkamah.

Persoalan sama ada tarikh memanggil sidang DUN tersebut sudah diperkenan oleh Sultan Perak juga masih diawang-awangan. Apatah lagi prosedur memanggil mesyuarat juga tidak mengikut peraturan yang lazim diikuti kerana tiada perbincangan dengan Speaker, V. Sivakumar diadakan.

Malah dalam agenda yang disiarkan dalam blog beliau, suaraperak, calon pilihan umno/BN sudah pun ada iaitu Datuk R.Ganesan, bekas Ahli Dewan Undangan Sungkai.

Media pun menjadi mangsa dengan disekat memasuki DUN untuk membuat liputan perjalanan persidangan kecuali beberapa "media utama" (baca: media pro-Umno/Barisan Nasional) sahaja dibenarkan masuk.

Semua peraturan dan norma yang berkaitan rancangan memanggil sidang DUN dilanggar dan dicerobohi Umno dan BN lantas menunjukkan sikap sebenar kerajaan kudeta kepada rakyat yang akhirnya akan menilai dan memberi hukuman setimpal kepada mereka.

Sivakumar dalam blognya menyiarkan agenda sidang DUN Perak yang dibuat tanpa rundingan dengan beliau seperti berikut:

Persidangan Pertama, Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negeri Yang Ke-12 Perak Darul Ridzuan (Pada Hari

Khamis, 7 Mei 2009, Jam 10.00 pagi)

URUSAN MESYUARAT

I) Doa

II) Titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Penggal Kedua, Dewan Negeri yang ke-12 Perak Darul Ridzuan.

III) Persidangan ditangguhkan selama 15 minit dan selepas itu disambung semula.

IV) Pengumuman Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan

V) Usul-usul yang telah diberi notis:

1) Usul perlucutan jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

2) Usul perlantikan jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan baru.

VI) Penangguhan

Labour Day morning in Seremban



Malaysiakini's Mohd Kamal Ishak spends his Labour Day morning at the PSM organised event in Seremban. 100 people participated in the celebration to acknowledge workers of the world.

Mohd Kamal speaks to PSM secretary-general S Arutchelvan, president Nasir Hashim and Tijah Yok Chopil, Secretary of Jaringan Kampung Orang Asli Perak.

Tijah spoke about the discrimination Orang Asli workers face in he workplace.

HarakahDaily: Sambutan Hari Pekerja PAS Negeri Sembilan

Demo bantah kabinet isu agama anak disekat polis



KUALA LUMPUR : Pemuda Pas hanya sempat menganjurkan perhimpunan membantah keputusan kabinet berhubung status agama anak selepas solat Jumaat hari ini di kampung baru, Kuala Lumpur selama sepuluh munit sahaja.

Berikutan puluhan psukan polis telah memaksa membubarkan perhimpunan yang dihadiri oleh lebis seratus penyokong yang terditri daripada badan kebajikan dan amal NGO yang turur membantah keputusan jemaah menteri minggu lepas.

Antara NGO berkenaan termasuk NGO Islam, Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Selain keputusan membesarkan anak di bawah umur mengikut agama asal ibu bapanya, kabinet juga memutuskan pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil.

Langkah itu selaras dengan pendirian jemaah menteri bahawa enakmen syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu.

Keputusan terbaru kabinet itu berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah.

Dalam satu kenyataan bersempena perhimpunan tersebut, ketua Pemuda Pas negeri tersebut Kamaruzaman Mohamad menggesa kabinet menarik balik keputusan itu yang dianggapnya “paling biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong, mufti, Parlimen dan juga sistem kehakiman negara.”

“Sesungguhnya kabinet sedar bahawa mereka hanyalah berkuasa dalam sudut eksekutif bukannya legistatif dan kehakiman.

“Maka tidak selayaknya mereka mengeluarkan keputusan dan arahan melangkaui bidang kuasa mereka terutamanya dalam isu yang membabitkan soal agama,” katanya. Anna Yusof (SK)

Nizar: ADUN Pakatan tetap hadir sidang DUN 7 Mei



Pakatan Rakyat hari ini membuat keputusan bahawa semua wakil rakyat mereka akan menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei ini, kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammadd Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata, keputusan itu adalah muktamad walaupun sebelum ini ada kenyataan mengatakan Pakatan Rakyat akan memboikot sidang DUN tersebut. "Soal memboikot kini tidak timbul dan kita akan memberi kerjasama sepenuhnya semasa persidangan berkenaan.

"Saya berharap persidangan itu mengikut segala peraturan sebagaimana yang diagendakan dan kita akan mengikut apaapa ketetapan yang akan dibuat oleh Speaker," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Ahli DUN (ADUN) Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Beliau juga berharap semua pegawai yang ditugaskan pada sidang DUN itu akan mengikut perintah daripada Speaker dan menegaskan semua ADUN Pakatan Rakyat juga akan patuh dan akur apa saja arahan Speaker.

Sementara itu Speaker, V. Sivakumar ketika ditanya mengenai usul pelucutan jawatan beliau mengakui memang ada usul yang telah diterima berkaitan perkara itu tetapi menegaskan pihaknya belum membuat apa-apa keputusan lagi.

Beliau berkata, sebelum persidangan pada 7 Mei ini berlangsung, banyak isu akan dibangkitkan beliau melalui perbincangan dengan pihak polis, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak yang terlibat dalam persidangan tersebut. - bernama

Presiden, Timbalan Presiden PAS perlu kalangan ulama

Dua calon Timbalan Presiden, Mohd Sabu dan Husam Musa, masing-masing Naib Presiden bakal menentang Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang akan mempertahankan jawatan pada pemilihan PAS Jun ini

PRESIDEN dan Timbalan Presiden dalam PAS perlu dipilih daripada kalangan ulama demi masa depan parti itu, kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamad Daud, lapor Bernama hari ini.

"Kita mahu jawatan nombor satu dan dua dalam PAS kekal disandang oleh kalangan ulama," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai pencalonan beberapa pemimpin tertinggi PAS menjelang muktamar agung itu dan lebih menarik tawaran beberapa pemimpin bukan kalangan ulama menawarkan diri bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.

Antara mereka yang menawarkan diri untuk jawatan itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Mohamad berkata jika kedua-dua jawatan itu tidak diberikan kepada pemimpin bertaraf ulama, beliau khuatir keadaan itu akan merosakkan PAS pada masa depan.

Justeru, beliau tetap mempertahan kepimpinan ulama dalam barisan kepimpinan PAS pada pemilihan di muktamar agung parti itu di Shah Alam, Selangor, Jun ini.

Ditanya mengenai saf kepimpinan yang ada sekarang, Mohamad berkata kedudukan itu wajar dikekalkan tetapi bagi jawatan Naib Presiden dan seterusnya boleh diserahkan kepada pemimpin daripada kalangan profesional atau ulama.

"Tak perlu pertikailah untuk jawatan lain itu. Jawatan lain tidak penting, kecuali untuk nombor satu dan dua," katanya.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin