01 February 2009

2 ADUN PKR Perak letak jawatan - Malaysiakini

Malaysiakini : Dua Adun PKR Perak letak jawatan

PETALING JAYA: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang didakwa "hilang" dan "tidak dapat dihubungi" sejak lima hari lalu, meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa hari ini.

Kedua-dua ADUN berkenaan ialah Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering).

Perkembangan itu membuka laluan kepada pilihan raya kecil - pilihan raya kecil peringkat negeri yang pertama sejak pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

Dua pilihan raya kecil kerusi Parlimen telah diadakan di Permatang Pauh, Pulau Pinang Ogos lalu dan Kuala Terengganu, Terengganu bulan lalu.

Dengan keputusan meletakkan jawatan itu, Jamaluddin dan Mohd. Osman tidak boleh bertanding semula dalam pilihan raya untuk tempoh lima tahun akan datang.

Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, pula pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Sebelum ini kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen pada 10 Februari ini.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Jamaluddin menerima 6,771 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk M. Ramasamy yang mendapat 5,744 undi.

Mohd. Osman pula menang dengan majoriti 1,102 undi bagi merampas kerusi DUN Changkat Jering. Beliau memperoleh 9,411 mengalahkan penyandang dari BN yang juga Yang Dipertua DUN Perak sebelum itu, Datuk Mat Isa Ismail yang mengumpul 8,309 undi.

DISAH SPEAKER

Ia dinyatakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar di Ipoh pukul 5.45 petang tadi.

Kata beliau, kedua-dua mereka menghantar surat menggariskan keputusan itu menerusi faks yang dihantar ke rumahnya.

"Kedua-dua Mohd. Osman dan Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai ADUN berkuat kuasa serta-merta dan saya menerima peletakan jawatan mereka di bawah Perkara XXXV Perlembagaan Negeri.

"Sebagai Speaker, saya akan mengumumkan kedua-dua kerusi N14 Changkat Jering dan N59 Behrang kosong secepat yang mungkin," kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Speaker akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi esok.

Pakatan Rakyat mempunyai 32 anggota Dewan Undangan Negeri termasuk ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai PKR minggu lepas manakala BN dianggotai 27 wakil dan walaupun dua Adun PKR berkenaan keluar, kerajaan negeri masih mempunyai majoriti satu kerusi.

REKASI MB PERAK

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan akan meminta supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya.

"Sah kedua-dua mereka (ADUN) letak jawatan... saya telah dimaklumkan mengenainya sebentar tadi," katanya.

Ketika ditanya sama ada kecewa dengan keputusan mereka, pemimpin dari PAS itu memberitahu: "Bukan soal kecewa tapi ini menunjukkan Umno dan BN bertindak jahat memancing orang kami."

SPR TUNGGU NOTIS

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan mengambil tindakan susulan termasuk memanggil pilihan raya kecil jika menerima pengesahan rasmi mengenai kekosongan yang wujud.

"(Berdasarkan maklumat media)... maknanya sudah ada kekosongan... SPR apabila menerima surat tentang kekosongan," katanya.

[URUTAN SEMASA SEMINGGU]:

1 FEBRUARI:Di IPOH: Dua ADUN perak daripada PKR yang "hilang" sejak Isnin lalu mengumumkan peletakan jawatan serta-merta. ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu menyerahkan surat peletakan jawatan itu di rumah beliau pada 5.45 petang tadi.

1 FEBRUARI:Di KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ada kemungkinan ADUN dari Pakatan Rakyat di Perak akan menyertai BN.

1 FEBRUARI:Di IPOH, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meminta dua ADUN dari PKR yang "hilang" sejak Isnin lepas supaya mengisytiharkan segera pendirian jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.

30 JANUARI:Di IPOH, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan laporan mengenai anggota exco kerajaan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, kedua-dua daripada PKR, akan menyertai BN.

29 JANUARI:Di KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Pengerusi BN Perak bagi menggantikan Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang meletak kedua-dua jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Timbalan Pengerusi BN Perak.

25 JANUARI:ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim keluar Umno dan BN untuk menyertai PKR dan Pakatan Rakyat. - mStar

Anak Adun Behrang sahkan bapanya jadi Adun Bebas! - Malaysiakini

BERNAMA hari ini melaporkan perkembangan terkini tentang dakwaan anak Adun Behrang, Jamaluddin Md Radzi, Ali, 25, yang menyifatkan bapanya tidak akan menyertai BN tetapi mungkin mengumumkan akan menjadi wakil rakyat bebas. Ini bermakna desas-desus tentang Jamaluddin akan melompat parti makin tepat sekalipun anaknya menyangkal bapanya itu akan menyertai BN

Ketika bercakap kepada pemberita di pejabatnya, Ali mengesahkan keluarganya tidak dapat menghubungi Jamaluddin sejak Isnin lepas tetapi seorang rakan bapanya menghubungi beliau semalam memaklumkan bapa akan keluar PKR untuk menjadi Adun Bebas.

"Saya tak percaya dia hilang... dia tahu jaga dirinya tetapi emak saya memang tertekan," tambahnya.

Sementara itu, di Ipoh, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meminta agar dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang "hilang" sejak Isnin lepas supaya mengisytiharkan segera pendirian jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak

Nizar berkata kerajaan negeri telah bersedia untuk membuat persiapan dan strategi mengikut peraturan yang ada bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Apa yang menjadi masalah, dua exco terbabit tidak dapat dihubungi dan sehingga kini, tiada penjelasan dari mereka tentang pendirian terkini mereka setelah bertiup kencang desas-desus kedua-duanya akan melompat ke BN.

Dua anggota exco dari PKR itu telah ghaib dan mereka tidak dapat dihubungi termasuk oleh keluarga mereka sendiri sejak 26 Januari, kata Nizar pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat dengan pemimpin PAS, DAP dan PKR negeri di kediamannya di sini, hari ini

Mereka yang dikatakan hilang itu adalah Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang) dan Mohd Osman Jailu (ADUN Changkat Jering). Menurut pelbagai laporan laman web berita dan bloggers, kedua-dua Exco Kerajaan Perak ini dikatakan telah dikuaratin di rumah Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak di Pekan, Pahang

Hal ini dilaporkan oleh Malaysiakini.com dan Pahangdaily.com juga mengesahkan kedudukan tersebut dalam satu laporannya semalam. Sehingga kini SPRM yang dituduh terlibat dalam "kuarantin" belum mengeluarkan sebarang kenyataan malah Najib sendiri tidak menafikan rumahnya dijadikan tempat "kuarantin" Jamaluddin dan Osman, seperti yang diuar-uarkan

Nizar dalam sidang media hari ini berkata kerajaan negeri mungkin akan membuat laporan polis berhubung kehilangan dua anggota Exco itu selepas berbincang dengan keluarga mereka

Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, adalah pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan

Kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen di sini pada 10 Feb ini.

Menteri Besar berkata kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak masih kukuh walaupun dalam keadaan sekarang kerana semua Adun yang lain masih bersamanya. Pakatan Rakyat mempunyai 32 Adun termasuk Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai PKR minggu lepas manakala BN dianggotai 27 Adun dan jika dua Adun PKR berkenaan keluar, kerajaan negeri masih mempunyai majoriti satu kerusi

Ketika mengulas lanjut mengenai perkembangan kehilangan dua Adun PKR itu, Nizar yang juga Timbalan Pesuruhajaya PAS Perak berkata usaha menjatuhkan kerajaan negeri dengan melarikan dua Adun berkenaan adalah satu penghinaan kepada kerajaan negeri yang ada

Yang turut hadir pada mesyuarat itu adalah Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang, Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman dan Nasaruddin Hasyim.- Tarmizi Mohd Jam

Melayu Sudah Hilang Di Dunia - Malaysiakini



English issue: 30 activists gather to protest

Only about 30 people, including several prominent nationalists, attended a gathering to protest against the teaching of Maths and Science in English in a Kuala Lumpur shopping complex today - a far cry from the anticipated 500.

The gathering started at 2.45pm at the Sogo complex and was over in 15 minutes - confusing journalists who came to cover the event scheduled for 3pm.

But the event did not lose its significance with the presence of national laureate A Samad Said, other nationalists, educationists and local politicians.

The gathering was calm even as the crowd started to swell with curious shoppers going in and out of the complex.

Lagi... Blog Hina Agama Islam - malaysiakini

Klik di[sini] kemudian flagkan blog tersebut beramai-ramai. jangan bagi can..!

Yang ni pulak sisah sikit nak flagkan pasai dia pakai domain... tapi x pe... kita ada cara... sedang diusahakan. -Perisik Rakyat

KT: PAS Rayakan Kemenangan Pakatan Rakyat - Malaysiakini

Kuala Terengganu - Lima ekor kerbau dan tiga ekor lembu telah di jadikan lauk untuk jamuan kesyukuran PAS Terengganu sempena kemenangan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Jamuan Kesyukuran yang telah diadakan di perkarangan pejabat Perhubungan PAS Terengganu, di Jalan Sultan Omar disini, semalam, tekah dihadiri tidak kurang dari 8000 orang dari pelbagai peringkat dalam tempoh lima jam.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh jentera parti, penyokong dan pendokong terutama para pengundi di Kuala Terengganu.

Katanya, kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil tersebut merupakan satu amanah dan mandat rakyat.

“Saya bagi pihak PAS Terengganu merakamkan ucapan ribuan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada calon kita (PAS) dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

“Ini suatu amanah dan mandat rakyat, dan diharapkan dapat kekal hingga pilihan raya umum akan datang,” ujarnya dalam ucapan ringkas pada majlis tersebut.

Menurutnya, kemenangan tersebut adalah milik bersama Pakatan Rakyat dalam satu perjuangan membawa perubahan yang lebih besar dimasa akan datang.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata kemenangannya dalam pilihan raya kecil tersebut hasil perpaduan yang erat dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, PAS, Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP masing-masing mempunyai peranan dalam usaha mencapai kemenangan tersebut.

“Saya tidak anggap itu kemenangan saya seorang tetapi kemenangan hasil perpaduan yang erat kita dalam kerjasama Pakatan Rakyat ini.

“Kita (Pakatan Rakyat) semua ada peranan masing-masing dan saya berjanji akan membawa suara rakyat di Parlimen akan datang ini,” jelasnya.

Pengerusi Perhubungan Parti KeADILan Rakyat (PKR) Terengganu, Wan Rahim Wan Hamzah berkata PKR Terengganu turun ‘padang’ membantu PAS dalam pilihan raya kecil P036 seolah-olah calon KeADILan yang bertanding.

“Kami (PKR) tidak merasakan pilihan raya kecil ini calon PAS sahaja yang bertanding tetapi kami bekerja seperti calon KeADILan yang bertanding,” ujarnya.

Katanya, jika kerjasama dan perpaduan ini dapat dikekalkan tidak mustahil jalan ke Putrajaya semakin hampir dan dekat.

Menurutnya, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 menjadi medan dan peluang terbaik bagi Pakatan Rakyat menerajui kerajaan Malaysia akan datang.

Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Terengganu, Fariz Musa berpuas hati dengan kemenangan calon PAS dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.

“Saya rasa puas hati dengan kemenangan ini dan dianggap ‘berbaloi’ meski pun pernah ditahan polis sehari sebelum hari penamaan calon.

“Pertama, Saya dan rakan-rakan Skuad AMK ditahan polis kerana kesalahan menampal poster wanita Monggolia mendiang Altantunya. Kedua, laporan polis AMK dan PAS membawa kepada perletakkan jawatan Pengurus Pilihan Raya Kecil kerana berkempen bagi calon BN secara terbuka,” jelasnya.

Menurutnya, pihak AMK akan mempastikan kemenangan ini berterusan hingga menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Parti DAP Terengganu, Encik Ng Chai Hing menyifatkan kemenangan PAS itu sebagai suatu tsunami politik baru yang melanda Umno dan Barisan Nasional.

Katanya, rakyat mahukan perubahan dan terbukti calon BN ditolak oleh para pengundi di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

“Rakyat hari ini mahukan perubahan dan calon BN telah ditolak oleh rakyat di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

“Kemenangan PAS itu menjadi suatu tsunami politik yang melanda Umno-Barisan Nasional,” ujarnya.

Menurutnya, masyarakat tionghua di Kuala Terengganu juga mahukan perubahan dan diharapkan lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang.


BBC Perak: Isu 2 Exco - Malaysiakini

HILANG... PKR Perak mendakwa ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi (kiri) dan ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu (kanan) hilang dan gagal dikesan.

Kenyataan ini saya keluarkan sebagai usaha untuk meredakan semua rakyat Malaysia khususnya Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang sedang menunggu berita mengenai 2 Exco PKR yang diandaikan dengan berbagai berita dan rumus melalui SMS dan sebagainya.

Sebagaimana yang disahkan oleh YAB Menteri Besar Perak dan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri dengan ini saya juga sebagai Pengerusi kelab Penyokong Kerajaan mengesahkan memang sampai saat ini 2 orang Exco dari PKR itu tidak dapat dihubungi .

Namun begitu saya juga mengesahkan sehingga saat ini kesemua ahli kerajaan tidak ada yang melompat kepada Barisan nasional. Termasuklah kedua-dua exco yang tidak dapat dihubungi.

Saya sangat yakin dengan kesemua Ahli Kelab Penyokong Kerajaan.

Saya juga mengakui terdapat usaha jahat dari pihak tertentu untuk menarik ahli-ahli kerajaan untuk melompat dengan tawaran tertentu.

Namun saya yakin mereka tidak akan termakan dengan janji-janji manis dan pembohongan dari pihak tersebut, dan saya masih beranggapan baik kepada 2 exco yang terlibat dan berharap mereka memikirkan semasak-masaknya apa saja keputusan yang akan diambil.

Harapan saya mereka dapat dihubungi dan mereka diberikan hak untuk mendengar nasihat dari kami, dan seandainya benar ada pihak yang menghalang hasratnya untuk berhubung dengan pimpinan PKR , perkara ini amat dikesali.

Satu pertemuan penting kesemua ADUN Pakatan Rakyat akan diadakan di IPOH pada pagi ini, setelah itu berkemungkinan akan ada pengumuman penting yang akan di keluarkan oleh YAB Menteri Besar.

Drs. Khgalil Idham Lim,
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese